Pages

Thursday 8 May 2014

Paragliding di Ranau

Paragliding is an extreme sport and quite expensive yet fun and exciting. Earlier this February (nampak sangat baru mau update ini cerita), I went to paraglide with a friend of mine. She came all the way to Sabah to visit me!!! (LOL, actually she's on vacation). So I brought her to few places around Ranau. In our tentative, paragliding is the most excited activity!

Walaupun gua tinggal di Ranau, tapi inilah kali pertama gua try paragliding. Memang siok berbaloi-baloi gua bayar memahal untuk try ini sukan! Gua happy gila dapat terbang membelah awan merentasi kehijauan Ranau dan bumi Sabah. Siapa yang datang Ranau tu jangan lupa try ya... Kita layan gambar, kasi jeles sama kamuorang ... mbhaahaha

set up glider luu

nervous nervous... heee

"run! run!" said mejar haznain. gua rasa x sempat gua lari, kaki gua sudah x cecah tanah...OMG i'm flying without wings!!

tau2 gua sdh dibawa angin, makan angin~~ weee~~sioknya tahap dewa!!

tu diaaa ~~~

gua sarankan bawak la monopod atau apa2 yg blh ikat kamera dkt tgn, rugi gua pg x bawa tali, monopod gua teda. so gmbr pun x banyak. tapi gambar dalam memori semulajadi gua memang akan kekal insyaallah...

Untuk org2 macam kita ni yang tiada basic paragliding dan dan peralatan glider segala, try tandem flight ja la. Ada tandem master/pilot yg akan bawa terbang. Untuk bayaran pulak depends on how long you plan to fly. Kalau di Lohan Paragliding Park, Ranau fee dia:
  1. RM 100 (2-5 minit flying)
  2. RM150 (5-10 minit flying)
maahaaallll gila. tapi puas hati la, kalau kena cuaca lagi santik blh lama2 la jugak dekat atas tu... naa, kalau sudah jatuh cinta sama paragliding ni boleh ambil kelas trus, utk org Ranau macam gua boleh dpt package murah RM1000 kalau gua x silap la... tapi gua belum ada kemampuan untuk ambil kelas, tunggu kerja la dulu ada duit... akan gua belajar jugak nanti...

untuk ke Lohan Paragliding Park senang sajaa. kalau dari KK, ikut jalan KK-SDKN, ada 1 simpang di sebelah kiri iaitu simpang masuk ke Kompleks Sukan Ranau lebih kurang 500 m sebelum sampai simpang masuk ke Poring Hot Spring, masuk situ la. Jalan dia naik bukit. gua bagi amaran siap2, jalan dia agak steep ya tapi berturap so jangan risau. Selain di Lohan Ranau, site untuk paragliding lain ada di Tamparuli, Kokol dan South Peak of Kinabalu. Paling siokk la tu dari South Peak dan gua rasa fee nya pun memang siokk jugak... Jelesnya gua sama itu paraglider T_T. (tiapa, satu hari nnt gua jugak akan jadi seperti kalian... haha)

kalau berminat untuk try paragliding boleh contact Borneo Paragliders atau di FB Mejar Haznain, click SINI. akhir kata, selamat mencuba.

p/s: klu mau try hilangkan acrophobia, memang disarankanlah try sukan ni, hilang terus fobia...haha






Tuesday 6 May 2014

Gravity Hill di Sabah

kamu tahu ka di Sabah sebenarnya ada Gravity hill? aku pun baru tahu di Sabah ada Gravity hill dari pembacaan di satu blog (SINI). inilah kebaikannya berblogwalking ni, at least ada jugak ilmu aku dapat.

Jalan Kimanis-Keningau, Sabah

jom kita story sikit apa tu gravity hill. kalau ikut pembacaan aku di wikipedia, gravity hill ni adalah satu tempat di mana susun atur tanahnya menghasilkan optical illusion. disebabkan optical illusion itu tanah yang turun ke bawah (downhill) akan kelihatan seperti manaiki bukit (uphill). contoh, kawasan yg ada gravity hill ni kita akan nampak seperti downhill tapi sebenarnya ia adalah uphill or vise versa. kalau kamu sampai di kawasan gravity hill ni, try matikan enjin kereta dan lepas hand-break , kereta akan bergerak sendiri menaiki bukit. selalunya kereta kalau mati enjin di kawasan bukit akan meluncur ke bawah la kan tapi ni peliknya akan naik ke atas pulak. keadaan itu lah yang disebabkan oleh optical illusion di kawasan gravity hill... aku explain bukan main susah mau paham kan so, kita tengok video di SINI.

Goblin Road, Jeju-do, Korea
di Malaysia, tempat yg ada gravity hill setakat yang aku tahu ada di Sabah, di Kimanis-Keningau Highway. menurut blogger memmetlenggeng kawasan ni terletak di KM 28.2. aku pun sebenarnya belum sampai lagi kawasan ni. nanti kalau sampai kawasan ni bolehlah aku cerita dengan lebih lanjut dan letak gambar sekali. kalau di Korea pulak, gravity hill ni ada di Pulau Jeju (Goblin Road). Di Sabah, our gravity hill masih belum lagi dipromosikan secara komersil. Aku harap pihak Kerajaan Sabah akan jadikan tempat tu spot pelancongan. besarkan sikit jalan dan sediakan kawasan untuk visitor singgah pastu demo matikan enjin atau letak botol air di tengah-tengah jalan (kereta lain yg lalu pun tengok macam pelik kan, buang tebiat ka apa) ha ha ha. Tidak payah pergi jauh-jauh ke oversea utk merasa pengalaman gravity hill ni, datang ja Sabah di Kimanis-Keningau Highway.  

X sabar mau cuti semester, mau pergi tempat ni nanti...yg paling penting mau jugak buat video!! motip?? 
      

Sunday 4 May 2014

Pengalaman di Semenanjung Malaysia

Selalu aku baca blog orang Semenanjung cerita pengalaman di Sabah. Jadi, kali ini aku pula mahu cerita pengalaman aku di Semenanjung Malaysia atau dulu dikenali sabagai Malaya.

Aku datang ke Semenanjung atau spesifiknya di Bangi, Selangor sebagai seorang musafir untuk menuntut ilmu di universiti (UKM). Kenapa tidak belajar di UMS sahaja, kan lagi dekat. Betul, UMS lagi dekat tapi aku mahu jugak merasa hidup di negeri orang lain. Lagi pulak, UKM boleh memuatkan hampir semua pelajar dalam kolej. jadi senanglah, tidak payah cari rumah sewa ^_^ ...

Pertama kali datang Semenanjung masa tingkatan empat. Waktu itu ikut rombongan sekolah sbg wakil program kepimpinan di Kedah. Tidak sempat jalan-jalan. Second time datang masa masuk univ. Nasib baik ada kakak yang belajar dekat Sg. Buloh, ada jugak kawan temankan masa mendaftar, parents tidak ikut hantar waktu tu, tiket mahal.

Antara perbezaan yang aku nampaklah selama hampir 4 tahun di semenanjung;

1. Loghat. perbezaan loghat/dialect tu benda biasa. Negara lain pun ada jugak perbezaan macam ni, cth; English UK tidak sama dialeknya dengan English US, dialect Korean dari Seoul tidak sama dengan dialect Korean dari Busan. Perbezaan itu adalah sesuatu yang unik. Barulah nampak Malaysia ni banyak budaya. Aku sejujurnya lebih suka bercakap pakai dialect aku sendiri, barulah senang menyampaikan apa yang kita mahu cakap. Begitu juga kalau jumpa orang Terengganu, Kelantan, Kedah etc, aku suka kalau diorang ni cakap pakai dialect dorang sendiri. Walaupun kadang-kadang tidak faham sebab ada perkataan bukan Bahasa baku, tapi boleh  ditanya maksudnya sambil2 tu boleh belajar dialect dorang sekali.

2. Dari segi kemajuan, Selangor lagi majulah tidak dinafikan. Almaklumlah dekat dengan KL dan Putrajaya, harus la maju lagipun perindustrian banyak di sana. Kalau negeri lain macam Terengganu, Pahang, Perak, N9 aku rasa sama ja lebih kurang dengan KK. Lagi satu di Semenanjung ni ada kemudahan RnR, jadi kalau jalan jauh naik bus atau kereta senang berhenti utk solat atau qada hajat... di Sabah sygnya xda RnR tapi aku paham jugak la, kalau area kundasang Ranau mcm mustahil untuk buat RnR sbb bentuk muka buminya bergunung-ganang, jalan lagi macam ular, susah la mahu tarah gunung lagi. Kalau area Tawau-LD-Sdkn tu sesuai la buat tapi entah kenapa kerajaan tidak buat.

3. Makanan. Seriously, dorang ada pelbagai makanan yang sedap dan beraneka jenis plus murah. Pertama kali pergi pasar malam dengan roommate masa first year dulu, ngam lagi time tu bulan puasa. Memang rambang matalah tengok makanan banyak sedap2 harga pun berbaloi... Makanan di Sabah banyak jugak tapi tidak se'variety' di semenanjung dan harga pun mahal lagi. Tapi makanan laut dia macam mahal. Kalau di sabah mknn laut murah terutama di Tawau, Sandakan dan KK sebab dekat dengan laut. Kalau di Ranau jangan tanyalah kan...

4. Satu lagi yang bagusnya di Smnjg, Selangor khususnya ialah majlis ilmu. banyak majlis ilmu kalau dibandingkan dengan di sabah. Sabah pun kini mula belajar untuk memperbanyakkan majlis ilmu. Benda yang bagus kita contohi.

5. Public Transport. Mungkin disebabkan faktor ramainya manusia di area selangor, student, foreigner dan local, kemudahan public transport memang banyak. KTM, LRT, Monorel, bus pun banyak. Senang la kalau mahu pergi mana2 kan, harga tiket pun berbaloi.  

Setiap benda ada pro dan contra nya. Udara di semenanjung mungkin tidak sama seperti di sabah. mungkinlah udara dia tidak sesuai dengan aku, sebab aku ni suka yang hijau2, yang tidak bising dan nyaman. bukan semua lah semenanjung udara kurang segar, setakat yang aku pernah jejaklah, pembangunan menyebabkan udara tidak bersih dan selalu ja jerebu. Kalau diseimbangkan pembangunan dan kehijauan aku rasa itu lah yang terbaik.

Alhamdulillah sebab aku dapat belajar di UKM, dapat tengok macam mana berbezanya dua tanah Malaysia, Semenjung dan North Borneo. Ada benda yang baik kita contohi. Lepas tamat belajar, aku rancang balik Sabah berbakti pada bumi tempat aku lahirlahkan. InsyaAllah panjang umur ada rezeki datang semenanjung jalan2 dengan family pula. Kalau orang lain selalunya masa belajarlah jalan2 kan, tapi aku ni tiada lah duit sangat mahu pergi jalan2. kalau ada duit pun tu duit parents aku, kalau mahu pakai jalan2 pun pakai duit sendiri lah baru best.

P/S: Ini adalah pengalaman peribadi dari sudut pandangan penulis sahaja.