Walaupun gua tinggal di Ranau, tapi inilah kali pertama gua try paragliding. Memang siok berbaloi-baloi gua bayar memahal untuk try ini sukan! Gua happy gila dapat terbang membelah awan merentasi kehijauan Ranau dan bumi Sabah. Siapa yang datang Ranau tu jangan lupa try ya... Kita layan gambar, kasi jeles sama kamuorang ... mbhaahaha
set up glider luu |
nervous nervous... heee |
"run! run!" said mejar haznain. gua rasa x sempat gua lari, kaki gua sudah x cecah tanah...OMG i'm flying without wings!! |
tau2 gua sdh dibawa angin, makan angin~~ weee~~sioknya tahap dewa!! |
tu diaaa ~~~ |
gua sarankan bawak la monopod atau apa2 yg blh ikat kamera dkt tgn, rugi gua pg x bawa tali, monopod gua teda. so gmbr pun x banyak. tapi gambar dalam memori semulajadi gua memang akan kekal insyaallah...
Untuk org2 macam kita ni yang tiada basic paragliding dan dan peralatan glider segala, try tandem flight ja la. Ada tandem master/pilot yg akan bawa terbang. Untuk bayaran pulak depends on how long you plan to fly. Kalau di Lohan Paragliding Park, Ranau fee dia:
- RM 100 (2-5 minit flying)
- RM150 (5-10 minit flying)
untuk ke Lohan Paragliding Park senang sajaa. kalau dari KK, ikut jalan KK-SDKN, ada 1 simpang di sebelah kiri iaitu simpang masuk ke Kompleks Sukan Ranau lebih kurang 500 m sebelum sampai simpang masuk ke Poring Hot Spring, masuk situ la. Jalan dia naik bukit. gua bagi amaran siap2, jalan dia agak steep ya tapi berturap so jangan risau. Selain di Lohan Ranau, site untuk paragliding lain ada di Tamparuli, Kokol dan South Peak of Kinabalu. Paling siokk la tu dari South Peak dan gua rasa fee nya pun memang siokk jugak... Jelesnya gua sama itu paraglider T_T. (tiapa, satu hari nnt gua jugak akan jadi seperti kalian... haha)
kalau berminat untuk try paragliding boleh contact Borneo Paragliders atau di FB Mejar Haznain, click SINI. akhir kata, selamat mencuba.
p/s: klu mau try hilangkan acrophobia, memang disarankanlah try sukan ni, hilang terus fobia...haha
wahh bestnyeee. kena tempah dulu atau boleh terus walk in ?
ReplyDelete