Pages

Tuesday 6 May 2014

Gravity Hill di Sabah

kamu tahu ka di Sabah sebenarnya ada Gravity hill? aku pun baru tahu di Sabah ada Gravity hill dari pembacaan di satu blog (SINI). inilah kebaikannya berblogwalking ni, at least ada jugak ilmu aku dapat.

Jalan Kimanis-Keningau, Sabah

jom kita story sikit apa tu gravity hill. kalau ikut pembacaan aku di wikipedia, gravity hill ni adalah satu tempat di mana susun atur tanahnya menghasilkan optical illusion. disebabkan optical illusion itu tanah yang turun ke bawah (downhill) akan kelihatan seperti manaiki bukit (uphill). contoh, kawasan yg ada gravity hill ni kita akan nampak seperti downhill tapi sebenarnya ia adalah uphill or vise versa. kalau kamu sampai di kawasan gravity hill ni, try matikan enjin kereta dan lepas hand-break , kereta akan bergerak sendiri menaiki bukit. selalunya kereta kalau mati enjin di kawasan bukit akan meluncur ke bawah la kan tapi ni peliknya akan naik ke atas pulak. keadaan itu lah yang disebabkan oleh optical illusion di kawasan gravity hill... aku explain bukan main susah mau paham kan so, kita tengok video di SINI.

Goblin Road, Jeju-do, Korea
di Malaysia, tempat yg ada gravity hill setakat yang aku tahu ada di Sabah, di Kimanis-Keningau Highway. menurut blogger memmetlenggeng kawasan ni terletak di KM 28.2. aku pun sebenarnya belum sampai lagi kawasan ni. nanti kalau sampai kawasan ni bolehlah aku cerita dengan lebih lanjut dan letak gambar sekali. kalau di Korea pulak, gravity hill ni ada di Pulau Jeju (Goblin Road). Di Sabah, our gravity hill masih belum lagi dipromosikan secara komersil. Aku harap pihak Kerajaan Sabah akan jadikan tempat tu spot pelancongan. besarkan sikit jalan dan sediakan kawasan untuk visitor singgah pastu demo matikan enjin atau letak botol air di tengah-tengah jalan (kereta lain yg lalu pun tengok macam pelik kan, buang tebiat ka apa) ha ha ha. Tidak payah pergi jauh-jauh ke oversea utk merasa pengalaman gravity hill ni, datang ja Sabah di Kimanis-Keningau Highway.  

X sabar mau cuti semester, mau pergi tempat ni nanti...yg paling penting mau jugak buat video!! motip?? 
      

1 comment:

  1. casino.vip app download - Dr. Maryland
    The casino, which was founded in the 세종특별자치 출장마사지 summer of 2006, 원주 출장안마 has been operating since 용인 출장마사지 2009. It is licensed and regulated in three other states in addition 서산 출장샵 to 경기도 출장마사지 New Jersey.

    ReplyDelete