Pages

Sunday 4 May 2014

Pengalaman di Semenanjung Malaysia

Selalu aku baca blog orang Semenanjung cerita pengalaman di Sabah. Jadi, kali ini aku pula mahu cerita pengalaman aku di Semenanjung Malaysia atau dulu dikenali sabagai Malaya.

Aku datang ke Semenanjung atau spesifiknya di Bangi, Selangor sebagai seorang musafir untuk menuntut ilmu di universiti (UKM). Kenapa tidak belajar di UMS sahaja, kan lagi dekat. Betul, UMS lagi dekat tapi aku mahu jugak merasa hidup di negeri orang lain. Lagi pulak, UKM boleh memuatkan hampir semua pelajar dalam kolej. jadi senanglah, tidak payah cari rumah sewa ^_^ ...

Pertama kali datang Semenanjung masa tingkatan empat. Waktu itu ikut rombongan sekolah sbg wakil program kepimpinan di Kedah. Tidak sempat jalan-jalan. Second time datang masa masuk univ. Nasib baik ada kakak yang belajar dekat Sg. Buloh, ada jugak kawan temankan masa mendaftar, parents tidak ikut hantar waktu tu, tiket mahal.

Antara perbezaan yang aku nampaklah selama hampir 4 tahun di semenanjung;

1. Loghat. perbezaan loghat/dialect tu benda biasa. Negara lain pun ada jugak perbezaan macam ni, cth; English UK tidak sama dialeknya dengan English US, dialect Korean dari Seoul tidak sama dengan dialect Korean dari Busan. Perbezaan itu adalah sesuatu yang unik. Barulah nampak Malaysia ni banyak budaya. Aku sejujurnya lebih suka bercakap pakai dialect aku sendiri, barulah senang menyampaikan apa yang kita mahu cakap. Begitu juga kalau jumpa orang Terengganu, Kelantan, Kedah etc, aku suka kalau diorang ni cakap pakai dialect dorang sendiri. Walaupun kadang-kadang tidak faham sebab ada perkataan bukan Bahasa baku, tapi boleh  ditanya maksudnya sambil2 tu boleh belajar dialect dorang sekali.

2. Dari segi kemajuan, Selangor lagi majulah tidak dinafikan. Almaklumlah dekat dengan KL dan Putrajaya, harus la maju lagipun perindustrian banyak di sana. Kalau negeri lain macam Terengganu, Pahang, Perak, N9 aku rasa sama ja lebih kurang dengan KK. Lagi satu di Semenanjung ni ada kemudahan RnR, jadi kalau jalan jauh naik bus atau kereta senang berhenti utk solat atau qada hajat... di Sabah sygnya xda RnR tapi aku paham jugak la, kalau area kundasang Ranau mcm mustahil untuk buat RnR sbb bentuk muka buminya bergunung-ganang, jalan lagi macam ular, susah la mahu tarah gunung lagi. Kalau area Tawau-LD-Sdkn tu sesuai la buat tapi entah kenapa kerajaan tidak buat.

3. Makanan. Seriously, dorang ada pelbagai makanan yang sedap dan beraneka jenis plus murah. Pertama kali pergi pasar malam dengan roommate masa first year dulu, ngam lagi time tu bulan puasa. Memang rambang matalah tengok makanan banyak sedap2 harga pun berbaloi... Makanan di Sabah banyak jugak tapi tidak se'variety' di semenanjung dan harga pun mahal lagi. Tapi makanan laut dia macam mahal. Kalau di sabah mknn laut murah terutama di Tawau, Sandakan dan KK sebab dekat dengan laut. Kalau di Ranau jangan tanyalah kan...

4. Satu lagi yang bagusnya di Smnjg, Selangor khususnya ialah majlis ilmu. banyak majlis ilmu kalau dibandingkan dengan di sabah. Sabah pun kini mula belajar untuk memperbanyakkan majlis ilmu. Benda yang bagus kita contohi.

5. Public Transport. Mungkin disebabkan faktor ramainya manusia di area selangor, student, foreigner dan local, kemudahan public transport memang banyak. KTM, LRT, Monorel, bus pun banyak. Senang la kalau mahu pergi mana2 kan, harga tiket pun berbaloi.  

Setiap benda ada pro dan contra nya. Udara di semenanjung mungkin tidak sama seperti di sabah. mungkinlah udara dia tidak sesuai dengan aku, sebab aku ni suka yang hijau2, yang tidak bising dan nyaman. bukan semua lah semenanjung udara kurang segar, setakat yang aku pernah jejaklah, pembangunan menyebabkan udara tidak bersih dan selalu ja jerebu. Kalau diseimbangkan pembangunan dan kehijauan aku rasa itu lah yang terbaik.

Alhamdulillah sebab aku dapat belajar di UKM, dapat tengok macam mana berbezanya dua tanah Malaysia, Semenjung dan North Borneo. Ada benda yang baik kita contohi. Lepas tamat belajar, aku rancang balik Sabah berbakti pada bumi tempat aku lahirlahkan. InsyaAllah panjang umur ada rezeki datang semenanjung jalan2 dengan family pula. Kalau orang lain selalunya masa belajarlah jalan2 kan, tapi aku ni tiada lah duit sangat mahu pergi jalan2. kalau ada duit pun tu duit parents aku, kalau mahu pakai jalan2 pun pakai duit sendiri lah baru best.

P/S: Ini adalah pengalaman peribadi dari sudut pandangan penulis sahaja.

No comments:

Post a Comment